klik di sini , terima kasih

PEMINAT SETIA!

Wednesday 6 July 2011

TIPS DAN HIMPUNAN RESIPI UNTUK (BBQ) BARBEQUE | Cara Buat BBQ



Cara Buat BBQCara Buat BBQ
“Cara buat BBQ agak leceh dan renyeh sedikit, untuk mudahkan kerja dapur anda. Boleh dapatkan 
Rempah BBQ keluaran bumiputera dari laman Alkiram.net, suci, tanpa bahan pengawet, tahan lama , campuran herba h’sauda. Produk bahan makan kesihatan berherba untuk rempah BBQ .Hanya 3 perkataan semua siap GAUL, PERAP , BAKAR~ “

Cara Buat BBQ

Kepada yang ingin membuat barbeque. Resipi ini ilham dari barbeku yang selalu di adakan. Sekiranya da resipi-resipi lain yang sesuai untuk majlis barbeku harap ahli-ahli sudi berkongsi bersama.

Cara Buat BBQ ini dikumpul untuk peminat2 Alkiram.Net yang sering berkunjung ke sini.

Ok berikut beberapa tips untuk dikongsi bagaimana cara buat BBQ.

TIPS
1) Buat keputusan bahan-bahan barbeku hendak disediakan oleh tuan rumah ataupun kira ” pot luck ” dimana sesebuah keluarga atau seseorang diberi tugas untuk menyediakan keperluan untuk masakan tersebut.
2) Listkan menu untuk barbeku. Apakah makanan yang hendak dibarbeku dan apakah lauk-pauk sampingan yang harus ada.
3) Kalau ada daging/ayam yang harus diperap dengan sos perapan, lebih sedap kalau diperap semalaman. Lebihan sos marinate jangan dibuang boleh direnjis atas daging sewaktu barbeku.
4) Sediakan semua bahan yang hendak dibarbeku sebelum memulakan barbeku.
5) Jangan campurkan daging mentah yang belum dimasak dengan lauk-pauk yang telah dimasak (eg. Mee goreng). Kena organize sikit.
6) Paling simple, mudah dan tidak membazir. Gunakan pinggan kertas dan cawan plastik. Kira dah pakai, buang.
7) Sediakan balang air yang besar. Jadi tak payah buat air berkali-kali. Selalu air yang keluarga D sediakan adalah sirap rose + sirap orange + ice cream soda = fruit punch.
8) Juga tidak lupa Sos Cili Thai, Black Pepper Sos, Sos Tomato, Mayonaisse untuk mencecah segala yang dibarbeku.
10) Majlis barbeku juga adalah sesuai untuk berinteraksi. Jadi adakan permainan “games” elok untuk keluarga atau sahabat-handai yang hadir. Jangan lupa sediakan hadiah kalau tidak hampa si kecik tu kalau menang.

Cara Buat BBQ
Cara Buat BBQ (SOS) /REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN “MARINATE”
SOS BBQ (Basic)
Bahan-bahannya
1 biji bawang, dicincang halus
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula perang
4 sudu besar jus lemon
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos Worcestershire
1 sudu teh sos tobasco
garam secukup rasa
Cara-cara untuk buat BBQ.
Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang lain. Reneh sos selama 30 min. Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk mendapatkan sos yang halus. Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.
Cara Buat BBQ
SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK
(daging hendaklah diperab dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik semalaman)
Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku
Cara Buat BBQ
Cara buat BBQ untuk “rempah RIB tulang rusuk kambing”
Bahan-bahannya
1 cawan gula
1  cawan gula perang
1 cawan serbuk lada hitam
1 cawan paprika
garam secukupnya
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan boleh digunakan untuk rusuk kambing yang hendak dibarbeku. Lumurkan pada rusuk kambing 10 minit sebelum dibarbeku. Lebihan rempah boleh disimpan dalam bekas ketap udara.

No comments: